TERKINI!

Cetak Rompak Didi & Friends: Halal Atau Tidak?


Populariti animasi Didi & Friends sememangnya tak dapat dinafikan lagi. Selepas kejayaan animasi Upin & Ipin, Boboiboy dan Pada Zaman Dahulu, animasi Didi & Friends turut menjadi bualan masyarakat hari ini.

Penerimaan terhadap animasi pendidikan ini bukan saja melibatkan kanak-kanak, malah ibu bapa juga gembira dengan cara nyanyian, menari serta belajar bersama Didi dan watak-watak sampingan lain seperti Nana dan Jojo.

Siri animasi yang semakin digemari ramai.
Dalam kenyataan di laman Facebook rasmi Didi & Friends, pengarahnya Sinan Ismail menyatakan kesyukuran terhadap penerimaan tersebut. Malah mereka gembira dengan sokongan berterusan yang diberikan buat team animasi tersebut.

VARIASI JENIS CETAK ROMPAK HANTUI DIDI & FRIENDS

Namun disebalik penerimaan masyarakat tersebut, masalah cetak rompak turut memberi kesan kepada team animasi tersebut. Malah masalah tersebut datang dalam pelbagai jenis bentuk.

"Sejak kebelakangan ni, terdapat sangat banyak cetak rompak. Antara medium-mediumnya adalah DVD, baju cetak rompak dan lain-lain merchandise Medium ini dah lama dah wujud. ‘Kepalanya’ memang lanun yang buat cetakan secara besar-besaran dan mengedarkan kepada peniaga-peniaga pasar malam, peniaga kedai, kedai DVDV di seluruh negara," ujar Sinan Ismail dalam laman rasmi Didi & Friends.

Malah yang lebih mengejutkan, kewujudan cetak rompak jenis baru iaitu Cetak Rompak Pen Drive. Menurutnya, 'lanun' akan menghimpunkan koleksi video Didi & Friends dalam bentuk pendrive dan menjualnya kepada umum.
Cetak rompak cara baru melalui jualan pendrive.
Pendedahan oleh Team Digital Durian.
"Siap tajuk dia lebih kurang macam ni “KOLEKSI VIDEO PENDIDIKAN, LAGU KANAK-KANAK, LAGU ISLAMIK, MOVIE UNTUK HIBURAN DAN PEMBELAJARAN ANAK-ANAK ANDA (diletakkan dalam pendrive). Bagus! Siap ada lagu Islamik. Tapi.. ambil hak orang dan menjualnya adalah rezeki yang HARAM,"ujarnya lagi.
Istilah 'share' di laman sosial turut dikira sebagai cetak rompak.

Selain itu, cetak rompak melalui media sosial seperti Facebook, WhatsApps juga turut menjadi duri dalam daging dalam perkembangan animasi tersebut. Istilah 'share' status dan video yang dimuat naik pada hakikatnya tetap dikira cetak rompak dalam diam.

KESAN SHARE DI MEDIA SOSIAL & CETAK ROMPAK

Selain cetak rompak, istilah 'share' di laman sosial pada hakikatnya memberi kesan kepada team animasi tersebut. Si pembuat video/animasi tidak dapat apa-apa sumber pendapatan hasil tindakan tersebut.

Adakah income itu penting untuk pasukan Didi & Friends? Jawabnya sudah pasti ya! Buat pengetahuan semua, Team Digital Durian mempunyai 35 orang ahli. Latar berlakang mereka adalah pelbagai; ada yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, serta ada yang masih bujang dan baru memulakan kerjaya.

Mereka memikirkan idea, membuat skrip, membuat papan cerita, dan membuat animasi untuk mengejar dateline.  Malah ada yang terpaksa bekerja walaupun semasa hujung minggu dan lewat malam, semata-mata untuk menjayakan animasi ini.

"Pernahkah anda fikir.. - Team Digital Durian balik lambat.. Kesian isteri dan anak-anak - Team Digital Durian terpaksa mengambil risiko untuk berhutang, ambil loan untuk buat animasi Didi & Friends - Susah juga ya nak buat animasi ni Kami terlalu sedih dan terkilan apabila kerja kami dicetak rompak. Mungkin anda tidak sedar ‘Share’ itu salah.
Kami kecik hati, kami sedih..
Kami kadang-kadang ada rasa nak give up.. Tapi kami kuat kerana kami sedar, apa yang kami buat adalah untuk menghiburkan dan memberi pelajaran kepada anak-anak kecil. Bayangkan, usaha produksi kami selama 20 bulan (untuk buat 46 lagu), diambil oleh seorang individu - dan dimasukkan dalam pen drive.. Dan dia jual.Apa yang kami dapat?".
Justeru, pihak produksi animasi ini sudah pasti mengharapkan bukan sahaja sokongan dan populariti dari orang ramai, malah sikap membeli hasil yang original turut diminta.
"Kami hanya nak anda membeli barangan original dan support kami sekadar mampu. - Berhentilah jual dan beli pen drive animasi. Itu semua duit haram.Berhentilah share video Facebook- sharelah dari YouTube. Walaupun duit YouTube tu tak banyak, tapi boleh juga tanggung sebahagian dari overhead kami. Belilah DVD dan merchandise yang original - kami tahu barangan kami belum banyak lagi. Tapi….. Kami akan keluarkan lebih banyak Official Merchandise pada tahun ini. Kami juga akan keluarkan range dengan harga yang berpatutan," ujar Sinan lagi.
Segala permintaan yang dibuat daripada Team Digital Durian ini bukan sekadar untuk kepentingan mereka, malah untuk kepentingan umum dalam memastikan kelangsungan animasi pendidikan Didi & Friends terus berjalan lancar. WRTKP

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda