Terkini!

Amalan Sunnah Hari Raya Eidulfitri


Tanggal 1 Syawal merupakan hari yang paling dinantikan oleh umat Islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.

Dalam kegembiraan menyambut Hari Raya Eidulfitri, umat Islam masih dituntut meneruskan perjuangan roh Ramadhan dalam hidup.
amalan malam raya
Amalan malam raya
Amalan-amalan sunnah tetap digalakkan untuk diamal sebagai tanda kesyukuran dan kecintaan hamba-Nya kepada Allah serta Rasulullah.

Berikut adalah beberapa amalan yang boleh diamalkan menjelang pagi 1 Syawal:

1. Bertakbir 

Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya anak bulan dan berakhir setelah selesainya imam membaca khutbah. Disunatkan juga untuk kita bertakbir di sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid utk menunaikan solat aidilfitri.

2. Lafaz ucapan selamat 

 Majoriti amalan umat islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaaran dengan ucapan ‘selamat hari raya, Maaf zahir batin’. Namun diceritakan al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair Nufair r.a katanya :-
” Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain “taqabbalullah minna waminka”(semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu [waminka di atas boleh ditukar kepada waminkum untuk diucapkan kepada orang ramai].”

3. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya. 

Dilakukan pada pagi 1 Syawal sebelum menunaikan solat hari raya. Imam Malik r.h. meriwayatkan sebuah hadith di dalam al-Muwatta'

 أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى

Maksudnya : “Bawasanya ‘Abdullah bin ‘Umar seringkali akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya.” Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.

4. Memakai bau-bauhan yang wangi 

Sunnah ini hanya bagi kaum lelaki.

5. Memakai pakaian yang paling baik 

Pakaian tidak semestinya baru tettapi pakaian yang indah dan rapi sudah mencukupi. Daripada Jabir r.a. katanya :

“Bagi Nabi saw ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” (Sahih Ibn Khuzaimah : 1765) Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibn ‘Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.


6. Makan terlebih dahalu sebelum menunaikan solat hari raya ‘Aid al-Fitri 

Sunnah memakan tamar dalm bilangan ganjil jika tiada sudah cukup memakan apa-apa juadah sekali pun. Hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya :

 كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا 

Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan terlebih dahulu beberapa biji Tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” (al-Bukhari : 953) Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani mengomentari hadith ini dengan berkata : “Demikian itu kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, padanya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” (Fath al-Bari : 2/446)


7. Mengajak seluruh ahli keluarga ke tempat menunaikan Solat Sunat Eidulfitri 

Sunnah mengajak seluruh ahli keluarga termasuk kanak-kanak dan perempuan yang datang haid, diasing perempauan yang datang haid daripada perempuan yang boleh solat.

Bagi perempuan yang datang haid sunnah mereka turut serta ke temapat solat supaya mereka dapat menyaksikan upacara solat Hari Raya dan mendengar khutbah solat raya aidilfitri.

Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata:

 أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُورِ, فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ. 

Maksudnya: Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.

8.Keluar dengan berjalan ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain.

Daripada Jabir bin Abdillah r.’anhuma katanya : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ

Maksudnya : “Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” (al-Bukhari : 986)

Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn ‘Umar katanya : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ ، مَاشِيًا وَيَرْجِعُ مَاشِيًا

Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” (al-Albani menghasankan hadith ini di dalam Sahih Ibn Majah)

Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini Antaranya ialah semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti, untuk menzahirkan syiar-syiar Islam, untuk menzahirkan zikir kepada Allah, untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan solatur rahim.

9. Solat Hari Raya 

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya, sebahagian mengatakan hukumnya sunat, sebahagian yang lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah fardhu ‘ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya.

Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim. Al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Abdillah bin Baz menyebut :

“Pendapat ini lebih terserlah pada dalil-dalilnya dan lebih hampir kepada kebenaran.” - Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah Ini berdasarkan hadith di dalam Musnad Ahmad daripada Ibn ‘Abbas r’anhuma :

 أَشْهَدُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى قَبْلَ الْخُطْبَةِ فِي الْعِيدِ ثُمَّ خَطَبَ 

Maksudnya : “Aku menyaksikan Rasulullah saw menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”

Semoga setiap amalan diterima Allah. Salam lebaran buat semua umat Islam. - WRTKP

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda