TERKINI!

Sempurna Dan Terbaik Dari Lah Ahmad

Dua tahun menyepi tanpa album bukan bermakna dirinya tidak lagi aktif dalam dunia seni nyanyian. Buktinya, Lah Ahmad kini tampil dengan sebuah album baru berjudul Sempurna dan Terbaik.


Sesuai dengan judul album, kemunculan Lah Ahmad kali ini merupakan sesuatu yang cukup berbaloi. Hampir semua lagu dalam album ini boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang terbaik.

Lah Ahmad atau nama sebenarnya, Abdullah bin Ahmad, memulakan karier seninya bersama kumpulan VE, sebuah kumpulan harmoni R&B. Ketika dahulu, kumpulan VE cukup dikenali menerusi lagu Khayalan, Ayu dan Party Like This.

Lah Ahmad seterusnya meninggalkan imej ketika dirinya bersama VE, dan berhijrah ke arah sesuatu yang lebih baik. Pada awal hijrahnya, Lah menyertai kumpulan Almawlid dan sempat menerbitkan album berjudul Almawlid pada tahun 2010.

Pada tahun 2014, Lah membuat keputusan untuk tampil dengan album solo berjudul Jalan Untuk Kembali.

SEMPURNA DAN TERBAIK: SAMBUNGAN JALAN UNTUK KEMBALI

Menerusi album keduanya ini, Lah Ahmad masih dilihat mengekalkan konsep album yang sama dengan album sulungnya, Jalan Untuk Kembali.

Dalam album ini, konsep R&B masih dikekalkan. Namun beberapa kelainan turut diselitkan dalam album ini. Misalnya menyelitkan maulid dalam bentuk R&B dan harmoni. 

Mengelamun, lagu yang dijangka hits dalam album ini

Lah juga turut berduet bersama Altimet menerusi lagu Mengelamun, yang dilihat satu kelainan dalam album ini. Nyanyian rap dalam Mengelamun dijangka memberi impak positif kepada album ini.

Kulit album

Sempurna Dan Terbaik memuatkan 9 buah lagu dan 3 bonus track iaitu In The Name of Allah, Assalamualaika Ya Rasulullah, Ingin Mencintaimu, Maulaya, Mengelamun (feat Altimet), Dendang Abah (feat Puteri Balqis & Amirah Zaharah), Nafas Terakhir, Sempurna & Terbaik, I'Tiraf, Kehadiranmu (instrumental), Mengelamun (reprise) dan Kau Tercipta (instrumental).

Album ini merupakan terbitan Inteam Records. Ia telah berada di pasaran bermula 3 Jun 2016 yang lalu, serentak dengan album ketiga Maher Zain, ONE. - WRTKP

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda