TERKINI!

Shafie Apdal Keluar UMNO, Naib Ketua Bahagian UMNO Pagoh Letak Jawatan


Naib presiden Umno yang digantung keahliannya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan keluar daripada parti itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna, Sabah berkata, keputusan itu dibuat berikutan tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang menggantung keahliannya pada 24 Jun 2016.

"Perjuangan kita akan diteruskan di bumi Sabah ini. Perjuangan kita akan diteruskan di Sabah dan di Semenanjung untuk membela bangsa dan negara. Saya mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan saya, salah laku saya selama saya memimpin Umno ini," katanya.


Beliau yang baru sahaja pulang daripada menunaikan ibadat umrah di Mekah, Arab Saudi mengumumkan keputusan itu di hadapan ribuan penyokongnya di dewan perkarangan rumahnya di Kampung Bubul Lama, Semporna Sabah, 4 Julai 2016.

Ribuan penyokong Shafie Apdal hadir di Semporna.

Pada 27 Jun 2016, Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Jaujan Sambakong mengumumkan keluar parti bersama tiga ketua sayap dan 300 ketua cawangan dalam UMNO Bahagian Semporna. Jaujan merupakan ADUN Sulayaban, Sabah.

NAIB KETUA BAHAGIAN UMNO PAGOH LETAK JAWATAN

Sementara itu, Naib Ketua Umno Bahagian Pagoh, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dilaporkan meletak jawatannya dalam parti itu berkuat kuasa serta merta.

Beliau bagaimanapun kekal sebagai ahli UMNO dan  Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Johor.

Umno Pagoh sebelum ini diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Timbalan Presiden UMNO yang dipecat pada 24 Jun 2016 lalu. Turut dipecat ialah bekas Menteri Besar Kedah, Dato' Mukhriz Mahathir yang juga ADUN Ayer Hitam, Kedah.

Perkembangan semasa ini menjadikan bilangan wakil rakyat yang dipecat serta keluar UMNO menjadi 4 orang iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin (MP Pagoh), Dato' Shafie Apdal (MP Semporna), Dato' Mukhriz Mahathir (ADUN Ayer Hitam) dan Dato' Jaujan Sambakong (ADUN Sulabayan). - WRTKP

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda