Lain pula bagi Mawaddah, satu nama yang pernah menggegarkan industri muzik nasyid Malaysia. Walaupun pada awal kemunculan, ada tanggapan sini yang menganggap artis-artis nasyid sebagai suam-suam kuku, namun Mawaddah telah buktikan mereka mampu bertahan dengan lebih dari sebuah album.
Ditubuhkan pada Julai 2002, nama Mawaddah membawa erti kasih sayang. Mesej utama kumpulan ini ialah Cintai Tuhan Sayangi Manusia.
Album sulung mereka ketika itu, Sayangi Tuhan, telah berjaya terjual lebih dari 30,000 unit. Ketika itu, Mawaddah telah bekerjasama bersama Syarikat Layyinah Generasi Berwawasan dari Brunei.
Selepas kemunculan album Sayangi Tuhan, Mawaddah tidak putus menerbitkan album. Pada tahun 2005, Mawaddah mencatatkan penerbitan album sebanyak 16 buah album dalam tempoh 3 tahun sejak ditubuhkan. Satu angka yang besar bagi sesebuah artis nasyid.
``Paling sikit album kami dijual 10,000 unit. Tetapi album pertama kami berjudul Sayangi Tuhan paling mendapat sambutan. Album yang diterbitkan pada tahun 2002 itu dijual lebih 30,000 unit. Keseluruhan 16 album kami, dijual tidak kurang daripada 160,000 unit, `' kata Suhaibatul Islamiah, salah seorang ahli Mawaddah. [petikan dari Utusan 22 April 2005]
Malah setiap album yang diterbitkan, dijual dengan harga serendah RM15 setiap unit. Harga album yang murah mengingatkan kepada strategi yang pernah dibuat oleh OVA Production yang menjual album artis-artis mereka serendah RM6 sekitar era 1990-an.
KEUNIKAN, KEKUATAN DAN KEJAYAAN MAWADDAH
Mawaddah juga pernah merakamkan lagu-lagu dalam bahasa asing seperti Thailand, Inggeris, Perancis dan Arab. Selain itu, kumpulan ini juga merupakan sebuah kumpulan kebudayaan Islam yang digabungkan di bawah Akademi Seni dan Budaya Mawaddah (ASBM).
Maknanya, setiap pelajar di akademi ini merupakan ahli Mawaddah. Tahap disiplin yang tinggi turut diterapkan. Mana-mana ahli yang mula leka dengan populariti akan direhatkan dari sebarang aktiviti seni.
Tidak setakat merakamkan album, tetapi Mawaddah juga aktif mengadakan persembahan termasuk di luar negara. Kumpulan ini pernah dijemput mengadakan persembahan di Perancis, Brunei, Jordan, Thailand, Australia dan Indonesia.
``Paling membanggakan apabila Mawaddah diundang mengadakan persembahan di Perancis pada 9 hingga 12 April 2004. Persembahan itu diadakan sempena ekspo tahunan musim panas untuk masyarakat Islam seluruh Eropah,'' kata Suhaibatul, salah seorang ahli Mawaddah. [Utusan 2005]
![]() |
| Mawaddah bersama bekas PM Australia, John Howard. |
![]() |
| Mawaddah mempunyai pemuzik sendiri. |
MAWADDAH NAMA YANG SUKAR DICARI GANTI
Ketika Mawaddah mula mencipta kejayaan demi kejayaan, kumpulan ini mula hilang taringnya. Kontroversi yang melanda Rufaqa' Corporation yang dikatakan cuba menghidupkan semula gerakan al-Arqam sekitar tahun 2006 memberi kesan kepada Mawaddah memandangkan Akademi Seni dan Budaya Mawaddah serta Mawaddah Production merupakan anak syarikat bagi Rufaqa'.
Laman web mereka pula ditutup. Malah kemunculan solo Khaulah, salah seorang penyanyi Mawaddah menerusi album Di Bawah Langit-Mu pada tahun 2007 seolah memberi gambaran Mawaddah sudah hilang.
![]() |
| Album solo Khaulah, Di Bawah Langit Mu |
Menerusi nama Generasi Harapan, kumpulan itu pernah mendapat Pencalonan Awal dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun 2010.- WRTKP







No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.