Ketika itu, Nazrey Johani cukup terkenal bersama kumpulan Raihan.
Antara lagu awal yang menaikkan nama Nazrey bersama Raihan ialah Puji-Pujin, Syukur, Iman Mutiara, 25 Rasul dan Bismillah.
Jodoh Nazrey bersama Raihan tak panjang. Dia membuat keputusan mengejut dengan berundur daripada Raihan. Tujuannya, untuk memberi fokus utama kepada aktiviti dakwah dalam negara terutama di Sabah
Menurutnya dalam akhbar Sinar Harian (22 Julai 2016),selepas berundur dari Raihan, dia terus membuat perancangan membina pusat tahfiz.
"Selepas berhenti, saya terus membuat kertas kerja untuk membina sebuah pusat tahfiz di kampung halaman saya di Ranau, Sabah,” katanya.
Tujuan utama pusat tahfiz tersebut adalah untuk mengajar remaja pelbagai perkara berkaitan Islam seperti membaca dan menghafaz al-Quran serta belajar mengenai perkara fardu ain dan kifayah.
Selesai menyiapkan kertas kerja, dia
membentangkannya kepada beberapa pihak berkaitan. Namun, hanya beberapa pihak yang membantunya untuk menjayakan projeknya itu.
VIRAL GAMBAR MENYANYI DI PASAR MALAM
Gambar Nazrey Johani menyanyi di pasar malam sudah menjadi viral. Ada yang tertanya mengenai tindakan Nazrey tersebut.
![]() |
| Nazrey Johani menyanyi di pasar malam untuk kumpul dana |
“Ini mungkin ujian ALLAH SWT kepada saya dalam usaha mengumpul dana. Jadi, ALLAH SWT mahu saya rendahkan ego, iaitu mengumpul dana sambil menghiburkan masyarakat,” katanya.
Setelah menempuh pelbagai ujian,akhirnya Maahad Tahfiz Bayu Syahadah berjaya direalisasikan.
![]() |
| Perasmian Bayu Syahadah oleh salah seorang menteri kabinet Sabah. |
Maahad Tahfiz Bayu Syahadah tersebut mula beroperasi pada penghujung tahun 2015 yang lalu. Pusat tahfiz itu mempunyai sebuah asrama dan sebuah surau.
Kerja-kerja pembinaan pusat ini agak lambat memandangkan kawasan Ranau agak terpencil daripada pusat bandar menyukarkan syarikat kontraktor menghantar bahan pembinaan ke lokasi.
Beliau berkata, kebanyakan remaja yang belajar di Bayu Syahadah juga adalah pelajar bermasalah dan itu menjadi salah satu cabaran baginya serta tenaga pengajar lain untuk mendisiplinkan mereka.
PROJEK JANGKA PANJANG
Maahad Tahfiz Bayu Syahadah menyasarkan untuk membina tiga lagi asrama, dua rumah guru, sebuah dewan serbaguna dan sebuah perpustakaan dalam beberapa tahun akan datang. Kos yang diperlukan mencecah RM1 juta bagi membina kesemua bangunan tersebut.
Dalam pada itu,Nazrey masih menerima jemputan daripada pelbagai pihak untuk menjayakan majlis. Dia juga dijangka mempunyai single terbarunya nanti.
Namun dia terpaksa membataskan karier muziknya memandangkan tumpuannya lebih fokus kepada Bayu Syahadah.
-WARTAKOPI





No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.