Buktinya, setiap single terbaru yang diterbitkannya, mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peminatnya.
Melalui single Biar yang dilancarkan pada bulan Oktober 2016, Najwa Latif tidak menyangka klip video Biar telah mencecah 800,00 orang yang menontonnya. Angka tersebut nyata mengejutkannya kerana dia hanya meletak sasaran sebanyak 500,000 orang penonton sahaja.
“Alhamdulillah sejak dilancarkan dua bulan lalu, sambutan yang diterima terhadap Biar lebih baik berbanding single terdahulu, Satu. Alhamdulillah Biar sudah mencacat tontonan sebanyak 800,00 di YouTube,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.
Biar merupakan single ke-12 hasil karya Najwa bersama kakaknya, Ika Latif.
Najwa Latif akan berduet dengan kakaknya, Ika Latif menerusi lapan buah lagu dalam album keduanya yang dijangka akan dipasarkan pada pertengahan tahun 2017. Album tersebut dijangka akan memuatkan 11 buah lagu.
IMPIAN SAMBUNG BELAJAR DI LUAR NEGARA
Sedar atau tidak, Najwa Latif akan menamatkan pengajiannya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di UNITAR International University (UNITAR) pada Mei 2017.
Selepas menjalani sesi praktikal dan tamat pengajiannya di UNITAR, dia berhasrat untuk menyambung pelajaran di luar negara. Antara negara pilihannya ialah United Kingdom.
“Insya-Allah saya bakal menamatkan pelajaran Mei tahun depan selepas selesai menjalani latihan amali di sebuah sekolah. Kemudian saya bercadang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di luar negara. Saya masih mencari universiti terbaik dan diiktiraf,” katanya yang dipetik dari Harian Metro lagi.
![]() |
| Album pertama Najwa Latif pada tahun 2012. |
Untuk rekod, Najwa Latif terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku pada awal kemunculannya di laman web Youtube. Bakat yang ada padanya menyebabkan syarikat rakaman menawarkannya untuk menjadi artis rakaman. Pada tahun 2012, Najwa Latif tampil dengan album pertamanya, Najwa Latif yang diterbitkan oleh NAR Records dan edaran FMC Records. - WARTAKOPI




No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.