Kejayaan single Ajarkan Aku Setia yang dilancarkan pada 21 Oktober 2015 sehingga berjaya menerobos ke corong-corong radio tempatan dan negara Indonesia, merupakan pemangkin buat Al-Manna untuk terus berjalan ke hadapan.
Al-Manna yang
dianggotai empat orang vokalis; Fahimi, Shahnizman, Mior dan Firdaus tampil
dengan single terbaru, Jalan. Jalan merupakan kesinambungan bagi lagu Ajarkan Aku Setia.
Melalui Jalan, Al-Manna cuba menampilkan kelainan dengan membawakan genre 'pop' yang diberi sedikit sentuhan 'progressive rock' disulami
bait-bait indah berunsur ketuhanan. Sejajar dengan perkembangan lagu-lagu religi di
Malaysia, Al-Manna melangkah setapak lagi untuk tampil lebih serius membawakan
lagu-lagu religi moden.
Lagu Jalan ini merupakan sentuhan seni seorang gitaris tanah air, saudara Napie Hassan sebagai
pencipta lagu dan penulis lirik. Selain itu, Al-Manna turut bekerjasama dengan Tukang Musik
dan Taja Meet Uncle Hussain sebagai producer dan arranger bagi memastikan 'mood'
yang ingin disampaikan dalam lagu ini menjadi dan memberi impak yang positif
kepada pendengar.
Bercerita tentang kisah disebalik lagu ini; secara kasarnya Jalan itu sendiri memberi
referensi kepada ilmu tasauf yang sentiasa mengajar manusia untuk mendidik hati
agar cinta kepada Sang Pencipta. Manusia melalui hari demi hari dan hari yang
dilalui itu pasti penuh dengan ujian, mehnah, tribulasi, dan pastinya mempengaruhi
emosi individu yang menghadapinya.
Melalui rasa cinta kepada Allah sahajalah dapat
kita harungi semua ini kerana Allah sebaik-baik tempat meminta pertolongan,
Video muzik Jalan telah mendapat sentuhan AR Pictures yang meupakan finalis
Festival Filem Malaysia 2015, juga produksi bagi video muzik Ajarkan Aku Setia dan
Simfoni Aidilfitri sebelum ini. Video muzik Jalan ini boleh ditonton di laman Youtube Inteam Records.
Untuk pengetahuan para peminat, Al-Manna pernah melahirkan album sulung berjudul Selawat Kita Semua, pada tahun 2014 di bawah label mereka sendiri, Al-Manna Solution.- WARTAKOPI.
Post Top Ad
Your Ad Spot
24 January 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Your Ad Spot
Author Details
WARTAKOPI merupakan portal berita yang memaparkan perkembangan semasa hiburan positif, isu semasa, dan info-info pilihan.



No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.