Peminat genre nasyid sudah pasti mengenali kumpulan Saff One. Namun mungkin ada antara peminat tegar nasyid tidak mengetahui asal-usul Saff One sebelum mereka tampil dalam dunia muzik arus perdana di Malaysia.
Saff One merupakan kumpulan nasyid yang telah melalui evolusi dua buah kumpulan sebelum ini iaitu Mustika dan Nahwan Nur. Mustika ditubuhkan sekitar tahun 1999 di bawah label Pelangi Zaman dan Ambang Klasik.
Manakala Nahwan Nur pula ditubuhan ketika mereka masih bergelar mahasiswa.
SEJARAH PENUBUHAN NAHWAN NUR
Nahwan Nur ditubuhkan di Universiti Putra Malaysia (UPM) sekitar tahun 1992. Kemunculan kumpulan ini berlaku ketika genre nasyid menerima sambutan ramai berikutan kekuatan gerakaan Islam al-Arqam di Malaysia ketika itu.
Pada asalnya kumpulan nasyid ini adalah daripada kumpulan usrah pelajar UPM yang di namakan Kelab Usrah Nahwan Nur. Lalu tertubuhnya kumpulan nasyid ini sebagai nadi dakwah kumpulan ini kepada umum. Tujuannya lebih kepada dakwah melalui hiburan yang tidak melanggar syariat.Golongan sasar mereka tentu sekali adalah pelajar yang terdiri dikalangan belia dan remaja yang sememangnya amat meminati hiburan.
Awal ahli kumpulan nasyid ini terdiri dari para naqib yang di anugerah kelebihan dari segi suara, manakala ahli usrah yang lainnya sebagai tenaga pengurusan yang menguruskan hal ehwal penciptaan lagu, pengurusan pertujukan (show), dan urusan pementasan. Kumpulan kerja yang lengkap ini membuatkan kumpulan nasyid dan usrah Nahwan Nur menjadi kuat dan amat dekat dengan pelajar UPM saat itu.
Berikutan penerimaan baik daripada para mahasiswa dan masyarakat umum, Nahwan Nur tampil dengan album sulung mereka, Amanat pada sekitar tahun 1992 di bawah label OVA Productions.
Penerbitan album sulung ini membolehkan nama Nahwan Nur diperkenalkan kepada masyarakat umum. Sejak itu, Nahwan Nur bergerak bersama nama-nama besar nasyid yang lain ketika itu sepertj NadaMurni, The Zikr serta al-Anwar.
![]() |
| Antara albm-album Nahwan Nur. Foto: Facebook Tetamu Senja |
NAHWAN NUR PASCA ZAMAN AL-ARQAM
![]() |
| Antara album Nahwan Nur generasi baru. |
Tidak terlepas juga bagi Nahwan Nur. Sejak pengharaman al-Arqam nama Nahwan Nur tidak aktif seperti dahulu.
Berikutan itu jugalah menyebabkan ahli-ahli asal Nahwan Nur keluar menubuhkan Mustika, yang kemudiannya menjadi Saff One.
Walau bagaimanapun, penubuhan Saff One tak bermakna Nahwan Nur terus dibubarkan. Malah kumpulan tersebut masih kekal sebagai kumpulan nasyid di bawah naungan UPM sehingga kini.
Nahwan Nur telah menggunakan konsep generasi bagi mengklasifikasikan ahli baru dan lama. Sehingga kini, genaplah Nahwan Nur berada pada generasi ke-18 dan keahlian Nahwan Nur masih lagi kekal tetapi hanya terbuka kepada penuntut lelaki sahaja.
Kumpulan ini lebih dikenali dengan nama Kelab Nasyid Nahwan Nur UPM yang bernaung di bawah Seksyen Seni Budaya dan Inovasi Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.
Sepanjang penubuhan kelab ini, telah banyak aktiviti yang dianjurkan. Antaranya, Festival Nasyid Interkolej Kelapan (FESNIK VIII) 2014, Festival Nasyid Interkolej Kesembilan (FESNIK IX) 2015, Program Pengantarabangsaan Kembara Munsyid di Jogjakarta 2013, Program Pengantarabangsaan 'Nur Ramadhan di Perantauan' Padang, Indonesia 2014 dan Program Pengantarabangsaan “Jejak Budaya di Bumi Kemboja” 2015.
Nahwan Nur turut merangkul anugerah lain seperti Naib Johan Festival Nasyid MAKUM 2011; Johan Festival Nasyid Ihtifal Peringkat Asean 2011; Johan Festival Nasyid Negeri Sembilan 2011; Johan Festival Nasyid IPT, Labuan, 2014; Johan Festival Nasyid IPT, Labuan, 2012; Johan Festival Nasyid MAKUM IPTA 2013; Tempat Ketiga Pertandingan Nasyid Festival Kesenian Islam Peringkat Antarabangsa 2014, Kuching, Sarawak dan Naib Johan Festival Nasyid MAKUM IPTA 2015.
Mengenai album-album Nahwan Nur generasi baru, sehingga kini tidak jelas mengenai jumlahnya. WARTAKOPI hanya dapat mengesan beberapa buah album sahaja untuk Nahwan Nur generasi baru seperti Nahwan Nur dan Bicara Bonda.-WARTAKOPI





Sedikit pembetulan di perenggan Akhir..
ReplyDeleteSoutul Amal merakamkan semula lagu Selawat dengan melodi yg berbeza. Lagu Pembela Agama dirakamkan semula oleh Fitri Haris...
Nahwan Nür memang lagenda
ReplyDelete