Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

23 March 2017

Kepimpinan Munsyid Malaysia Tahun 2017

Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 2017 pada 16 Mac 2017 yang lalu.

Dalam mesyuarat yang diadakan di Dewan Seminar, Masjid Negeri Shah Alam itu, saf kepimpinan baru Munsyid Malaysia bagi tahun 2017 telah dipilih.

Kepimpinan Munsyid Malaysia 2017.
Sumber: Munsyid Malaysia
Mesyuarat tersebut telah sebulat suara memilih saudara Muhd. Razin (Mestica) sebagai Pengerusi manakala Ustaz Asri Ubaidullah (Rabbani) dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

Bagi jawatan Setiausaha Agung, Aizat Jaafar (Hufaz) telah dipilih manakala Mohd Radzi Sulaiman (Ito Lara) dilantik sebagai Timbalan Setiausaha. Jawatan bendahari pula disandang oleh Mohd Fairus Zainal.

Untuk barisan Ahli Jawatankuasa (AJK), seramai enam orang telah dilantik iaitu Faiz (Brothers), Asyraf Azehar (FINE), Amman Mahmood, Hazamin (Inteam), Imtiaz (Simfoni) dan Zulfadli @ Afad (ex-Raihan).


Munsyid Malaysia merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang menaungi penggiat genre nasyid di Malaysia. Munsyid Malaysia ditubuhkan sejak tahun 2011 dan aktif dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti nasyid termasuk usrah dalam kalangan artis. -WARTAKOPI

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages