Dianggotai oleh Fikri Rafezin dan Zal Azman, mereka memberitahu lagu itu sebagai 'suara' mereka terhadap penindasan yang berlaku terhadap umat Islam di seluruh dunia terutamanya di Syria dan Palestin.
"Sebagai rakyat biasa kami tiada kuasa untuk membantu umat Islam yang ditindas di serata dunia termasuk Syria, etnik Rohingya terutama di Palestin kecuali dengan 'bersuara' melalui lagu.
"Saya mahu umat manusia sedar yang peta Palestin makin lenyap dari peta dunia, begitu juga dengan rakyatnya dan ebagai umat Islam kita tidak boleh membiarkan hal itu terjadi kerana Palestin adalah tempat suci umat Islam.
"Lebih-lebih lagi di situ tempat berlaku peristiwa penting umat Islam iaitu peristiwa Isra’ Mikraj," kata Zal Azman menggubah lagu itu bersama-sama penulis lirik Zara Alhaj.
Berkonsepkan duo akustik dengan membawakan lagu-lagu berunsur kemanusian dan ketuhanan, Zal Azman berkata, dia berharap mesej disampaikan dapat diterima baik oleh pendengar.
Berpengalaman enam tahun dalam bidang penciptaan lagu, Zal Azman bagaimanapun memberitahu mereka mula bergiat aktif dalam pasaran mainstream sejak tiga tahun lalu.
![]() |
| Klaut perjuangkan lagu-lagu ketuhanan dan kemanusiaan. Ihsan: AJ Music Malaysia. |
“Kemenangan Untukmu juga merupakan lagu cinta, tapi cinta dari sudut yang berbeza, lebih kepada cinta sesama umat manusia," katanya.
Kumpulan KLAUT merupakan artis di bawah naungan AJ Music Malaysia.-WARTAKOPI




No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.