Kecanggihan teknologi masa kini menyebabkan jualan pasaran cakera padat jatuh mendadak.Pendengar lebih suka mendengar melalui saluran digital memandangkan saiznya yang lebih kecil dan mudah.
Selain itu, syarikat rakaman juga terpaksa berdepan dengan cetak rompak alaf baru yang menyediakan saluran muat turun lagu secara haram.
Syarikat rakaman juga terpaksa menanggung kos cetakan album fizikal yang tinggi menyebabkan ramai artis lebih selesa tampil dengan single berbanding album penuh.
Atas faktor-faktor ini, Inteam Records Sdn Bhd membuat sedikit kelainan dalam penghasilan album terbaru Inteam,Zikir Hati.
Buat julung kali dalam industri muzik Malaysia, album Zikir Hati diterbitkan dalam bentuk pemacu kilat USB. Secara tak langsung, ia boleh didengar sama ada dalam kereta, radio atau komputer.
Langkah IRSB ini dilihat sebagai satu langkah ke hadapan memandangkan keadaan industri muzik tanah air yang kian mencabar. Selain dalam bentuk pemacu kilat USB, album Zikir Hati turut diterbitkan dalam medium digital seperti itunes, Spotify, Deezer dan lain-lain lagi.
ZIKIR HATI: SATU PANDANGAN
Setelah mendengar album Zikir Hati secara keseluruhan, tak dapat dinafikan album ini cukup berbaloi untuk dimiliki. Alunan zikir-zikir yang harmoni serta bait-bait yang jelas, sudah cukup membuktikan album ini diterbitkan dengan teliti.
Tausiyah (tazkirah ringkas) yang diselang-selikan dalam setiap zikir menjadikan album ini salah satu album penuh ilmu. Turut dimuatkan dalam album ini ialah sebuah lagu berjudul Zikir Hati.
Namun langkah menerbitkan album fizikal berbentuk pemacu kilat USB rasanya perlu ada penam baikan sedikit. Para peminat album fizikal selalunya memiliki album tersebut kerana inginkan buku lirik. Tanpa buku lirik,album fizikal seperti tak lengkap.
Tapi penerbitan album fizikal berbentuk pemacu kilat USB patut disokong memandangkan banyaj peralatan elektronik sekarang tidak mempunyai pemain cakera padat. Malah pemacu kilat USB juga lebih tahan lasak berbanding cakera padat.
Dari aspek audio,tak ada apa yang nak dikomen sebab memang terbaik. Tak menuesal kalau peminat nasyid dapatkan album ini.
Bagi memiliki album fizikal Zikir Hati,para peminat boleh dapatkan melalui InteamMobile manakala bagi saluran digital,bolehlah didapati melalui itune, Deezer,Spotify dan sebagainya. -WARTAKOPI

No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.