Selepas mendiamkan diri untuk beberapa ketika, akhirnya penyanyi popular Siti Nurhaliza Binti Tarudin mengakui dirinya sudah hamil.
Berita gembira itu dikongsi Siti dalam sidang media yang turut dihadiri keluarganya dan disiarkan melalui laman-laman sosial malam tadi sejurus selesai majlis kesyukuran doa selamat dan sembahyang hajat yang diadakan di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang.
“Alhamdulillah saya hamil empat bulan. Tiada kata yang dapat menggambarkan rasa syukur dan gembira kerana Allah mengurniakan kurniaan yang terlalu agung ini selepas 11 tahun kami bersabar.
“Inilah juga sebab utama kenapa saya (sebelum ini) memilih untuk berehat, kerana kandungan dan bayi ini menjadi keutamaan saya,” katanya.
Selain menjalani rawatan, Siti juga menyatakan bahawa dia dan suami sebenarnya telah beberapa kali berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Apa yang penting buat Siti ketika ini adalah menjaga keselamatan diri dan juga kandungan dan semoga segalanya dipermudahkan.
Dalam sidang media itu, Siti juga mengakui sebelum ini terpaksa menolak persembahan konsert dan program hiburan lain kerana ingin menumpukan perhatian pada keluarganya dan berharap pihak penganjur dapat memahami situasinya. - WARTAKOPI




No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.