Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

23 May 2019

Generasi Harapan Terbit Album Sempena Ramadhan 2019

Judul: Ramadhan, Sebaik-Baik Bulan Untuk Perbaiki Ibadah & Diri
Artis: Generasi Harapan
Bintang: 4/5 Bintang

Pada April 2019 lalu, Akademi Generasi Harapan (GH) telah hadir dengan album live berjudul Generasi Harapan Live GIIBF 2019.

Dan kali ini pada Mei 2019, GH sekali lagi tampil dengan album baru sempena dengan bulan Ramadhan 1440 Hijrah berjudul Ramadhan, Sebaik-Baik Bulan Untuk Perbaiki Ibadah & Diri.

Album kumpulan nasyid naungan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB Holdings) ini mengandungi 10 trek. Kebanyakkan lagu dalam album ini merupakan nyanyian asal kumpulan-kumpulan nasyid era Al-Arqam suatu ketika dahulu,

Sepuluh buah lagu itu ialah Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan,Aku Bimbang, Puasa Hakiki, Ramadhan 2 Zaman, Nasihat Ramadhan, Ramadhan Bulan Berkat, Ramadhan Telah Berlalu,  Anak Pejuang, Amalan Di Hari Raya dan Perasaan Ku Di Hari Raya.

Seperti biasa, GH mempunyai kekuatan mereka tersendiri. Berdiri atas kaki sendiri, vokal GH tidaklah mengecewakan. Kualiti audio untuk album kali ini juga sangat baik.

Walaupun tak banyak info tentang GH yang terkini, namun kehadiran album Ramadhan, Sebaik-Baik Bulan Untuk Perbaiki Ibadah & Diri ini membuktikan GH masih wujud.

GH merupakan kesinambungan kumpulan nasyid Mawaddah yang pernah dikenali melalui lagu Terima Kasih Tuhan sekitar tahun 2000. Pada awal penubuhan, GH dianggotai bekas anggota Mawaddah.

Kemudian, GH menubuhkan Akademi Generasi Harapan yang mempunyai beberapa cawangan di Malaysia, Jordan, Indonesia, Thailand dan beberapa buah negara lain. Maka sejak itu, GH dianggap sebagai kumpulan kebudayaan Islam untuk akademi tersebut.

Untuk album kali ini, difahamkan GH menggunakan platform digital untuk pasaran album. Ketiadaan album berbentuk fizikal menyebabkan kehadiran album ini tak disedari peminat GH.

Setakat ini, antara platform digital yang sudah diterbitkan ialah Spotify, iTunes dan CD Baby.  Album ini diterbitkan oleh Akademi Generasi Harapan dan Media GISBH. - WARTAKOPI

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages