![]() |
| Mereka yang pernah dan masih bersama Raihan |
Kemunculan lagu Sesungguhnya 2019 nyanyian Raihan dan Alif Satar tak dinafikan mengubat kerinduan para peminat nasyid terutama Raihan. Jarang lagu berkonsepkan nasyid menjadi bualan warganet sejak akhir-akhir ini.
Generasi baru (baca: Budak Baru Nak Up - BBNU) mungkin tak kenal asal usul Raihan. Raihan telah ditubuhkan sejak tahun 1996. Album sulung mereka, Puji-Pujian yang diterbitkan pada tahun 1997, berjaya mencatat rekod apabila jualannya melebihi 800,000 unit pada tahun 1997-1998.
![]() |
| Raihan bertemu dengan Ratu Elizaberth II. |
Dan nama Raihan telah terkenal bukan saja di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa. Paling bersejarah apabila Ratu England, Ratu Elizaberth II sendiri pernah menjemput Raihan membuat persembahan.
RAIHAN DAN NAZREY JOHANI KETIKA BERSAMA
Pada awal penubuhan, Raihan dibarisi lima anggota iaitu Nazrey Johani, Amran, Che Amran, Azahari dan Abu Bakar. Nazrey Johani bertindak sebagai vokalis utama mereka.
Nazrey bersama Raihan untuk album Puji-Pujian (1997), Syukur (1998), Senyum (1999), Maafkan (1999), Koleksi Nasyid Terbaik (2000), Demi Masa (2001), Gem Alam (2002), Allahu (2004), Ameen (2005) dan terakhir Tawakkal (2006). Album Tawakkal turut membariskan vokalis Nordin (ex-AlarmMe).
Manakala untuk album Praises for The Prophet (2008) dan Musafir Perjuangan (2009), vokalis utama Raihan ialah Ahfad.
Nazrey berundur dari Raihan pada tahun 2006 untuk menumpukan bidang dakwah dan pusat tahfiznya di Sabah.
Setelah berundur, Nazrey Johani pernah tampil dengan empat buah album solo iaitu Syahadah (2007). Nostalgia Memori The Zikr (2008), Permata Hati (2016), dan Zikir Rintihan Syahdu (2017).
REUNION: ITU YANG DIHARAPKAN
Sebaik saja pengunduran Nazrey Johani, tak dinafikan nama Raihan turut menerima tempias. Kegemilangan Raihan seolah sedikit malap tanpa Nazrey. Malah kehadiran beberapa buah album seperti Musafir Perjuangan, kurang disedari para peminat.
Begitu juga dengan Nazrey Johani. Komitmennya di Sabah menyebabkan kelahiran beberapa album solonya turut kurang diketahui peminat. Kali terakhir, Nazrey Johani pernah bersama Monologue untuk lagu Iman Baru (2018) namun kurang menyengat.
Setelah penerimaan masyarakat terhadap lagu Sesungguhnya 2019, timbul pula permintaan para peminat agar Raihan dan Nazrey Johani membuat reunion.
Namun status yang dimuat naik oleh Nazrey Johani pada 25 Mei 2019 seolah menjawab segala persoalan.
![]() |
| Status Nazrey Johani pada 25 Mei 2019 |
Sejujurnya, Raihan dan Nazrey Johani itu sinonim. Peminat kenal Raihan kerana adanya Nazrey, dan Nazrey dikenali kerana adanya Raihan. Ibarat Hijjaz dikenali kerana Munif, Rabbani dikenali kerana Allahyarham Ustaz Asri.
Belum terlambat untuk dua nama besar nasyid Malaysia ini kembali bersama dalam satu reunion. Kehadiran Sesungguhnya 2019 seharusnya diguna sebaik mungkin untuk mengubat rindu para peminat, selain memberi impak kepada dunia dakwah.- WARTAKOPI





No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.