Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

19 October 2019

IQ-ONE 'Keluar' Dari Bertapa


Setelah hampir sepuluh tahun sepi tanpa karya terbaru, IQ-ONE mula keluar aktif semula demi meneruskan industri nasyid Malaysia.

Kumpulan nasyid yang berasal dari Terengganu ini dikhabarkan bakal muncul dengan album kedua mereka pada tahun 2020.

Menurut portal Teganukita, album kedua IQ-ONE bakal memuatkan sepuluh buah lagu iaitu enam lagu baru dan empat lagu lama mereka yang diberi nafas baru.

"IQ-ONE akan membuat latihan intensif tidak lama lagi bagi menjayakan album tersebut sempena 10 tahun kami di persada seni nasyid," jelas ketua kumpulan, Ahmad Solahuddin Al-Ayyubi Ahmad.

IQ-ONE ditubuhkan pada tahun 2006. Nama asalnya ialah Ikhwan. Kumpulan ini ditubuhkan ketika anggota kumpulan ini masih belajar di Sekolah Menangah Agama (SMA) Marang.

Sebaik saja tamat pengajian di alam persekolahan, kumpulan ini terus aktif dan menukar nama mereka menjadi IQ-ONE. IQ-ONE yang setiap hurufnya memberi maksud tersendiri. "'I' bermaksud Islam, 'Q' (Al-Quran), 'O' bermaksud, 'One' (Satu), 'N' bermaksud 'Nation' (bangsa) dan 'E' bermaksud 'Excellence' (Cemerlang).  Dalam erti kata lain, kumpulan ini berjuang untuk menegakkan Islam dan Quran sebagai asas hiburan bagi mewujudkan bangsa yang cemerlang.

IMBASAN 'JANGAN LUPA TUHAN'

Pada tahun 2010, kumpulan IQ-ONE telah menerbitkan album sulung mereka berjudul Jangan Lupa Tuhan. Album ini dijual dengan harga serendah RM10 ketika itu.

Album sulung IQ-ONE, Jangan Lupa Tuhan pada tahun 2010.

Namun, dek kerana komitmen anggota IQ-ONE masing-masing ketika itu maka kehadiran album ini seolah tidak disedari peminat 'hardcore' nasyid.

Album ini memuatkan lima buah lagu dan menelan kos sebanyak RM17 ribu. Rakaman album ini telah diadakan di studio Hijjaz, studio Mermaird Island dan studio Mohallim di Kuala Lumpur.

Tenaga kerja di belakang tabir album ini menggunakan sentuhan muzik dari Ustaz Zulkarnain Mohd Nor atau Zul (VISA).

Bagi album kedua ini, difahamkan IQ-ONE telah memulakan sesi rakaman lagu. Berdasarkan laman Facebook rasmi mereka, antara lagu terbaru yang terdapat dalam album ini ialah Simetri Nurani.


Mendengarkan teaser Simetri Nurani, vokal IQ-ONE dilihat semakin matang. Semoga tempoh 'persembunyian' mereka selama ini akan menghasilkan sesuatu yang gempak dan menaikkan kembali industri nasyid Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages