Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

29 October 2019

Seedrain Beri Nafas Baru Cinta Naela


Setelah sekian lama menyepi, kumpulan Seedrain akhirnya aktif semula dalam industri nasyid mereka.

Imbas kembali mengenai kumpulan Seedrain, nama kumpulan ini diambil dari surah al-Waqiah iaitu Fi Sidrin Makhdod, Wa Tholhim Mamdud. Dari aspek bahasa Melayu, sidrin bermaksud pohon bidara dan telah disimbolikkan ke dalam bahasa Inggeris menjadi Seedrain, iaitu benih yang dibawa hujan.

Dari sudut perubatan, madu Sidrin adalah madu terbaik berasal dari Yaman yang terkenal seluruh dunia.

Justeru, nama Seedrain dipilih sebagai simbolik bagi mereka untuk menjadi benih dan penawar yang baik untuk industri nasyid di Malaysia.

Pada tahun 2012, kumpulan Seedrain pernah tampil dengan album sulung mereka, Lantera Agama. Album yang menelan kos hampir RM75,000 tersebut diterbitkan oleh BC Amanah Resources dengan kerjasama Rabbani Productions (M) Sdn Bhd.

Bagi tahun 2019, kumpulan yang berasal dari negeri Terengganu ini hadir dengan lagu Cinta Naela 2019. Cinta Naela 2019 merupakan rakaman semula bagi lagu Cinta Naela yang pernah dimuatkan dalam album sulung mereka suatu ketika dahulu.


Cinta Naela 2019 merupakan lagu ciptaan Munif (Hijjaz) manakala liriknya ditulis oleh Atie. Susunan muzik dan vokal untuk lagu versi 2019 ini telah dilaksanakan oleh Cahaya Hati Production. Malah lagu tersebut turut dirakamkan semula di CH Studio, Kemaman, Terengganu.

Lagu tersebut telah diterbitkan secara rasmi melalui laman Youtube pada 24 Oktober 2019.

Tak banyak yang berubah dalam Cinta Naela 2019 kecuali susunan muzik dan vokal yang lebih segar daripada Seedrain. Nafas baru yang diberikan ini membuktikan vokal Seedrain masih mantap seperti ketika awal kemunculan mereka.

Kehadiran Cinta Naela 2019 adalah simbolik untuk Seedrain kembali aktif dalam bidang seni nyanyian.

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages