Kejayaan kolaborasi antara Raihan bersama Alif Satar menerusi lagu Sesungguhnya 2019 menyebabkan ramai peminat kumpulan nasyid lagenda tersebut mengharapkan Raihan dan vokalis asalnya, Nazrey Johani membuat reunion.
Walaupun hasrat para peminat belum tercapai, namun Nazrey Johani tetap membuat kemunculan semula secara solo menerusi lagu Iman Mutiara 2019.
Iman Mutiara merupakan salah satu lagu yang dimuatkan dalam album sulung Raihan, Puji-Pujian pada tahun 1997. Lagu ini merupakan nukilan sepenuhnya daripada Nazrey Johani.
Lagu yang diberi nafas segar itu telah dimuat naik di laman YouTube rasmi Inteam Digital pada 11 November 2019.
Versi 2019 kali ini menyaksikan susunan muzik yang lebih segar dan moden. Kekuatan vokal Nazrey Johani nyata masih mantap dan yang paling penting, nyanyian beliau berjaya menusuk kalbu para pendengar.
REAKSI POSITIF WARGAMAYA
Nyata kemunculan semula Iman Mutiara 2019 mendapat reaksi positif daripada para peminat. Sehingga 22 November 2019, lagu ini telah ditonton lebih 260,000 penonton.
"Insan yang tinggalkan kegemilangan Raihan, bernasyid di pentas kampung demi dakwah. Dari world tour ke pasar malam mencari dana untuk Tahfiz Bayu Syahadah. Semoga Allah membalas yang sebaiknya untuk Ustaz Nazrey. Ameen," - Ashraf Salleh.
"Raihan is no longer raihan without you ustaz. I said what I said. May Allah ease your journey in managing your maahad tahfiz,". - Ekin Salleh
"Kalau pakai earphone , lagi best , dia punya feel sampai lagi dalam , Allah!" - Aliyi Azim.
"The legend has returned. Love from Indonesia,". - Syahrul Hadi
Iman Mutiara 2019 merupakan terbitan Nazrey Johani Management (NJM) manakala klip video Iman Mutiara 2019 merupakan kerjasama dengan Inteam Digital.
Projek Iman Mutiara 2019 bertujuan untuk pendanaan Tahfiz Bayu Syahadah & Tahfiz AMQ. Lagu ini turut boleh dimuat naik menerusi platform digital Itune, Spotify, Deezer, KKBox dan Tibal.
Perkembangan terkini Nazrey Johani boleh diikuti di laman sosial Facebooknya manakala koleksi video terkini boleh diikuti di platform Youtube rasmi Nazrey Johani Management.



No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.