Sebelum melabuhkan tirai tahun 2019, syarikat Qathrunnada Entertainmnet dengan kerjasama AFT Marketing tampil menerbitkan sebuah album nasyid kanak-kanak.
Kali ini, album yang diterbitkan merupakan hasil lantunan suara daripada kumpulan Shoutul Athfal.
Tak banyak info yang diperoleh mengenai kumpulan ini. Namun berdasarkan kulit album, mungkin kumpulan ini ibarat Qathrunnada Junior.
Album Akhlak Mulia merupakan album rakaman semula lagu-lagu nasyid kanak-kanak yang pernah popular sekitar tahun 1990-an. Ketika itu, lagu-lagu nasyid kanak-kanak masih baru diperkenalkan dalam industri nasyid Malaysia.
Baca: #MunsyidCilik: OVA Production Pencetus Nasyid Kanak-Kanak
Walaupun kurang publisiti di media, namun album Akhlak Mulia ini ada 'roh' tersendiri. Bagi peminat yang pernah lalui era nasyid 1990-an, album ini mampu mengubat kerinduan.
Susunan muzik yang lebih segar serta vokal kanak-kanak yang disusun rapi merupakan pelengkap utama bagi 'roh' album ini. Malah, audio rakaman di studio Qathrunnada tak mengecewakan.
Ternyata karya terbaru Qathrunnada ini telah dihasilkan dengan penuh teliti dan ada kumpulan sasaran tersendiri. Setiap trek dalam album ini ada radiasi positif tersendiri.
Mendengar album Akhlak Mulia mampu mengurangkan kebosanan terhadap lambakan lagu-lagu generasi Budak Baru Nak Up (BBNU). Jika album ini diberi ruang publisiti yang luas sedikit, ia mampu memberi saingan dari aspek kualiti dengan karya-karya nasyid yang lain.
Dapatkan di platform digital Joox, Spotify, dan iTune.
Walaupun kurang publisiti di media, namun album Akhlak Mulia ini ada 'roh' tersendiri. Bagi peminat yang pernah lalui era nasyid 1990-an, album ini mampu mengubat kerinduan.
Memuatkan 10 buah lagu iaitu Bersyukur, Akhlak Mulia, Ummiku Sayang, Dengar Nasihat, Adab Makan, Ya Robbi Bil Mustafa, Tunaikan Solat, Praise to Allah, Indah Ciptaan Tuhan dan Bonda Tercinta.
Ternyata karya terbaru Qathrunnada ini telah dihasilkan dengan penuh teliti dan ada kumpulan sasaran tersendiri. Setiap trek dalam album ini ada radiasi positif tersendiri.
Mendengar album Akhlak Mulia mampu mengurangkan kebosanan terhadap lambakan lagu-lagu generasi Budak Baru Nak Up (BBNU). Jika album ini diberi ruang publisiti yang luas sedikit, ia mampu memberi saingan dari aspek kualiti dengan karya-karya nasyid yang lain.
Dapatkan di platform digital Joox, Spotify, dan iTune.



No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.