Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

24 November 2019

Memori Warkah Comeback Daripada SABDA


Sekitar tahun 2000 hingga 2002, nama kumpulan SABDA sememangnya dikenali para peminat nasyid terutama di utara Semenanjung Malaysia (lebih tepat, negeri Kedah).

Namun komitmen kerjaya setiap ahli menyebabkan nama SABDA sepi untuk tempoh yang lama. Hanya salah seorang anggotanya, Arif Muazzim Abdul Rahman atau dikenali sebagai Amar yang masih aktif dalam bidang nyanyian, disamping kerjaya utamanya sebagai peguam.

Setelah hampir 17 tahun menyepikan diri akhirnya kumpulan SABDA tampil dengan comeback mereka. Kali ini, mereka membuat reunion dan menghadiahkan single terbaru mereka, Memori Warkah buat para peminat.


Khabar mengenai SABDA Reunion dinyatakan sendiri oleh Amar menerusi laman Facebooknya pada 17 November 2019.

Coretan di Facebook Amar

Pada 23 November 2019, akhirnya secara rasmi single terbaru SABDA diterbitkan di laman Youtube AMAR Multi Skill.


Memori Warkah merupakan hasil nukilan salah seorang ahli SABDA, Azmir. Lagu, muzik, mixing dan mastering mendapat sentuhan daripada Amar.

Kepada yang tidak tahu, kumpulan SABDA dianggotai Amar, Azmir, Razak dan Nizam. SABDA merupakan akronim bagi ayat Semoga Allah Berkati Dunia Akhirat. Kumpulan ini bermula sebagai kumpulan Al-Faradis di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, Alor Setar pada tahun 1998.

Mereka pernah merakamkan dua buah album iaitu Perhitungan (2000) terbitan Anugerah Media Network, dan Saya Cinta Islam (2001) terbitan Impian Production.

Rilisan single terbaru SABDA ini sekurang-kurangnya boleh menjadi ubat rindu buat para peminat kumpulan ini. Adakah ini pencetus untuk rilisan berikutnya pada masa akan datang? Hanya masa yang tentukan.

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages