![]() |
| Dr Fitri dan isterinya |
Penyanyi, Dr. Fitri Haris,35, yang baru mendapat ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Nottingham di United Kingdom (UK), mengakhirkan zaman dudanya selama lapan tahun.
Juara program realiti Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua itu akhirnya bertemu jodoh dengan pengurusnya sendiri, Fazilah Omar, 32, sejak menyertai program tersebut pada tahun 2018.
Menurut laman portal Gempak, dia tidak menyangka akan bertemu jodoh bersama pengurusnya sendiri.
"Alhamdulillah, saya dan Fazilah sudah bernikah tapi tarikh dan lokasi itu biarlah kami rahsiakan sebab atas permintaan kedua-dua pihak keluarga,” ujar Fitri yang dipetik dari portal Gempak.
"Selepas melakukan solat istikharah tiga bulan lalu, saya hanya nampak wajah dia saja. Selepas itu, saya terus hubungi keluarga untuk menghantar rombongan," ujarnya lagi.
Dr. Fitri sebelum ini memiliki seorang isteri sebelum bernikah seorang lagi di Songkhla, Thailand pada 12 Mei 2009.
Bagaimanapun, hubungan itu tidak bertahan lama apabila dia bercerai dengan isteri pertama sebulan selepas berkahwin dengan isteri kedua. Kemudian dia bercerai pula dengan isteri kedua dua minggu selepas itu.
Pada 9 September 2012, Fitri berkahwin kali ketiga namun perkahwinan itu juga berakhir dengan perceraian.
Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC ini mempunyai seorang anak bernama Sofea Solehah, 15, yang menetap bersama bekas isteri di Singapura.
Manakala, Fazilah pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Qhalish Rayyan Adam yang kini berusia sembilan tahun.
Sumber gambar: Gempak

No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.