Juara Anugerah Nasyid 2019 (AN'19), Caliph Buskers, tampil dengan single terbaru mereka berjudul Manusia. Lagu ini hadir setelah hampir dua tahun berlalu semenjak melancarkan single ketiga ‘Buta’ pada penghujung 2017.
Manusia merupakan hasil ciptaan Omar K, Ikhwan Fatanna dan John Jeevasingham. Menerusi lagu terbaharu ini, Caliph Buskers sekali lagi mempertaruhkan konsep ketuhanan sebagaimana lagu-lagu popular mereka sebelum ini, ‘Hanya Namamu’ dan ‘Buta’.
INI BUKAN LAGU NASYID
Walaupun kumpulan ini telah bergelar Juara AN'19, namun mereka menafikan bahawa lagu Manusia ini bergenre nasyid.
“Ini bukan lagu nasyid, tapi lebih kepada pop ketuhanan. Lagu ini bercerita tentang penyesalan seorang insan yang membelakangkan Yang Esa tatkala sibuk mengejar dunia.
Kami berharap lagu ini mampu menyampaikan dakwah secara tidak langsung kerana lagu ini mampu melahirkan rasa insaf kepada yang benar-benar menghayatinya. Kalau terlalu cintakan dunia, semuanya akan hilang atau mati akhirnya. Tetapi cinta kepada Yang Esa menjadikan hidup kita di atas muka bumi ini lebih bermakna.” – Caliph BuskersLagu Manusia ini masih mengekalkan imej Caliph Buskers yang sebenar dari aspek vokal dan muzik.Lagu ini ibarat 'kacang' bagi kekuatan vokal vokalisnya, Azmi Saat.
Single terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music.



No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.